Kunyit hitam mempunyai kurkumin yang lebih tinggi berbanding kunyit kuning dan putih yang penting dalam perubatan. Ia juga mempunyai ubi dengan bau yang manis dan rasanya yang pahit sesuai untuk digunakan dalam perubatan tradisional.
Rizom dari kunyit ini digunakan untuk merawat buasir. Ia mempunyai kesan anti-radang yang dapat mengurangkan kesakitan dan bengkak disebabkan penyakit ini dan dapat mengelakkan buasir daripada bertambah teruk.
Kunyit hitam juga terbukti dapat memberi kesan analgesik pada badan iaitu melegakan kesakitan. Banyak kajian telah membuktikan kesan analgesik kunyit ini. Satu kajian yang dijalankan keatas model haiwan, kesakitan berkurangan apabila ekstrak kunyit hitam diletakkan pada kesan sakit tersebut. Selain itu, kunyit ini sering kali digunakan untuk merawat sakit gigi.
Kajian membuktikan kunyit hitam sangat efektif mengembangkan saluran pernafasan yang sempit dan tersumbat untuk mengurangkan masalah asma. Kesan anti-radangnya dapat melindungi paru-paru dari serangan bakteria, kulat dan virus di saluran pernafasan dan dalam paru-paru.
Kajian mendapati kurkumin dalam kunyit dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia mempunyai antioksidan yang tinggi. Ia membantu lapisan endotelial untuk mengawal tekanan darah, pembentukkan darah beku dan penyebab-penyebab sakit jantung. Kunyit ini membantu mengembangkan otot di saluran darah dan jantung, seterusnya melancarkan peredaran darah.
Kunyit ini juga dapat memecahkan lemak-lemak yang tersimpan dalam badan selain melancarkan pencernaan. Pengurangan lemak dalam badan dapat meningkatkan sensitiviti insulin terhadap glukosa dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko kencing manis atau menstabilkan glukosa dalam darah kepada penghidap kencing manis.
Kunyit hitam merupakan agen anti-kanser (anti karsinogenik). Kajian telah membuktikan kurkumin dalam kunyit dapat menyumbang kepada kematian sel barah dan mengurangkan pertumbuhan saluran darah baru dalam ketumbuhan (tumor). Kurkumin ini juga dapat menghalang sel kanser daripada berkembang yang boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser antaranya kanser paru-paru.
Pengambilan ekstrak kunyit hitam dapat membuang angin dari badan, dapat melegakan kembung perut dan gastrik. Kajian yang dilakukan menunjukkan ekstrak kunyit hitam dapat mengurangkan rembesan asid gastrik dari perut. Ia juga membantu melancarkan pencernaan dan melega ketidakselesaan perut. Rebusan air kunyit hitam boleh merawat cirit-birit.
Kunyit hitam mengandungi khasiat yang banyak dalam merawat penyakit. Walaubagaimanapun, ia haruslah diambil dalam kadar sederhana dan sesuai dengan fisiologi tubuh badan manusia.
Adakah anda tahu di mana kita boleh dapatkan kunyit hitam ini?